Monday, January 12, 2009

~12 January 2009~

erm hari nie aku tak drive kete.., my hubby hanta n amik..!
sebab banyak urusan personal yg nak kami uruskan..! so petang
aku balik lambat la sebab tgu my hubby datang jemput..!
around pukul 6.15 baru dia sampai..!
Balik tu kita org tak terus balik rumah.., kita org g tgok umah baru dulu..,
g try test kunci yg dapat tgh hari td.. nak buat inspection rumah tu tak s
empat tghari td sebab memasing terpaksa rushing nak balik opis semula..
so kita org decide wat apointment ari sabtu je nanti dgn developer. erm
so far ade gak sikit yg tak puas hati n perlu di report pd developer..!
Dalam perjalanan balik ke rumah.., aku bebual dgn my hubby.., aku cakap dgn dia..,
kan best abg kalau balik nie umi cakap adik dah pandai jalan..?!
dia senyum je n perbualan kami termati di situ sahaja..!
dalam pukul 7.00 kita org sampai rumah..! budak comel tu dah setia
tgu kat depan pagar..! alahai comelnya anak mama..! baru nak bukak gate..,
dgn kuasa Allah umi bagi tau amsyar dah boleh jalan..!
Ya Allah tuhan je yang tahu perasaan aku time tu..,
baru sekejap rasanya aku cakap dgn abg hal tu..!
sekali benar-benar jadi kenyataan. Syukur ya Tuhan..!
My Hubby pun happy sangat dengar.., aku tak sabar nak tgok dgn mata kepala aku sendiri..!
sah dengan terkedek2 dia tunjuk kan skill dia berjalan..!
tapi sungguh menakjubkan.., dia jalan terus sahaja dari
depan ke dapur tak jatuh..! Amsyar..., amsyar.., so amazing..! kate umi..,
biasenya budak kalau baru jalan dia mesti jalan2 jatuh..! tak kisah la adik..,
yang penting adik dah jalan..!
Aku khabarkan berita gembira ini pada ayah n kak noly.., dorang pun turut syukur..!
iyelah risau gak aku dah setahun 3 bulan still tak berjalan-jalan..
apapun aku bersyukur yang amat padamu ya Tuhan..,
kerna kau khabarkan dua berita gembira pada kami
sekeluarga pada tanggal 12 January ini. Pertama,
kami dapat kunci rumah kami sendiri dan
kedua anak ku mampu berjalan sendiri tanpadi bantu..!
syukur Alhamdulillah..!

Sunday, January 11, 2009

rumah baru

huhuhuhu..,

aku baru je lepas balik dari Khoo Soon Lee Realty Sdn. Bhd dgn hubby aku..! alhamdulillah rumah kita org dah siap..! and tadi g amik kunci..! alhamdulillah, syukur padamu Ya Ilahi..! Perjalannan kami sekeluarga dipermudahkan. Ku bersyukur di atas segala rezeki dan nikmat yang kau kurniakan kepada kami sekeluarga..!



lebih kurang camnie la rupa umah aku..?


erm tapi rumah aku nie belum boleh duduk lagi walaupun dah amik kunci..! kene tgu CF lebih kurang 2 ke 3 bulan lagi..! erm dalam mase nak tgu tu boleh la prepare sesikit utk kelengkapan umah nie..! huhuhuhu.., banyak tu duit nak kene kua..! tak pe.., pelan2 kayuh.. kalau semua nak sekali arung pengsan la wei..! ehehehehhehe..

rumah yang aku beli nie dekat taman nusa bestari, guarded and gated house, rumah double storey 4bilik. rumah nie corner lot.., biasela kawin dgn designer nier lain sikit..! semua kene ikut pilihan dia.., dari bentuk rumah, ubah sesuai n ape2 lah..! tapi tak pe.., sebab aku pun bukan pakar sgt nak menghias hias nie..! ehehehheehe.., tolong buat sepah boleh la bagi kat aku..! jgn mara eh bang..!

erm lepas nie makin bertambah la komitmen kami sekeluarga.., tapi insyaAllah selagi kita berusaha.., pasti seglanya akan dipermudahkan..! yang aku harapakan hanyalah keredaan dan keberkatan dariNya utk kami sekeluarga..! Aminnn..!


Tuesday, January 6, 2009

10 Muharam

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura 10Muharram, bersamaan sabtu, 7 JAN 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara Kehormatan Diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'fadhilat
- Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. PuasaNiat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Selamat Tahun Baru...!

salam..,

lama dah rasenya tak jenguk blog nie..! ehehehehehe org ade blog.., nak wat blog gak..! tapi blog aku nie di anak tirikan oleh diri sendiri..! kesian kan..!

ehehehe.., tak pe antara azam tahun nie ialah nak rajin2 update blog nie..! hopefully menjadi kenyataan la hendaknya..! erm cakap pasal azam tahun baru.., mmg banyak azam aku tahun nie sebenarnya.., hope ape yg dicite-citakan dapat dicapai..! amin..!

antaranya plan nak tambah baby lagi.., ehehehehe..! my hubby pun dah ready n setuju.., my cute boy pun dah besar n dah makin bijak..! so boleh laa produce satu lagi.. ihihihi..

lagipun, bagi aku lebih baik beranak ramai2 time muda nie nanti dah besar senang jage..! maksudnya penat sekali arung la sementara nak tunggu memasing besar..! eheheheheh..!

erm ape pun.., hope semua yg dicita-citakan dapat di capai n rezeki kami sekeluarga makin bertambah lah hendaknya amin...!

ok

chow..!

Thursday, January 1, 2009

-ADHAM-

ADHAM..? siape adham..? eheheheh Adham tu singkatan untuk my little boy..!

Amsyar Danish Haiqal Abdul Malik..! huhuhu.. papa dia panggil "makcentot" apa maksud perkataan tu pun mama tak tau la sayang..! ehehehehe apedaa papakan..!

skang nie si comel nie dah masuk 1 tahun 3 bulan..! tapi yang merungsingkan dia still tak nak berjalan..! huhuhuhu.., come on baby..! tapi kalau bab panjat memanjat nie bagi kat dia..? dah macam spiderman dah.., even tangga pun dia dah panjat sampai ke atas..! pelik betul..., jalan tak nak.. tapi panjat dah macam ape..! mase g klinik dulu.., doc cakap dia punya semangat tak cukup kuat.., dia takut nak lepas tangan sampai doc tu gurau suh cari air bagi dia berani..?

ehehehhehe.. ape daaa..! tak pe laa.., mama doakan amsyar boleh cepat jalan tanpa perlu pegang dinding lagi ok..! nie la akibatnya sebab cepat sangat memapah.., tapi jalan lambat pulak..! FYI umur dia 6bulan dia dah terer memanjat sofa..? pelik tapi benar.., but untill now tak nak jalan lepas tangan lagi..! huh..!

skang nie dah banyak perkembangan yang ditunjukkan.., antaranya ialah;

  • Duit $$$ - dia memang pantang tgok duit.., kecik-kecik lagi dah boleh kenal duit.., tak kira duit ape pun dia tau yg tu memang duit..! so jgn sesuka hati sepah kan duit depan dia.. baru2 nie dia dah buang duit mama dia rm20 tak tau kat mane..! huhuhuhu
  • menyanyi n berjoget - wah pantang dgar lagu.., dia pun stat terkinja-kinja..! dgn duduk atas lutut pun dia boleh dance lagi..! kalau lagu tu dia suka stat la dia menyanyi dalam bahasa dia..! yang pelik tu kalau lagu or iklan tu dia suka.., dia tgh tido pun dia boleh jage dgr lagu or iklan tu sampai habis then sambung tido semula..! pelik tapi benar..! kui kui kui
  • rajin macam papa - huhuhu dia mmg rajin mengemas macam papa dia.., pantang tgok barang menyemak kan mata dia habis dia campak. Kalau main ade mase dia tau simpan balik barang mainan tu..! sampai ade satu mase tu dia g simpan h.set mama dia dalam bus dia..! jenuh la mencari.., rupanya elok je dia kunci h.set tu dalam bus..! bertuah betul betul budak nie tau.
  • pandai jeles - ehehehehee.., nie pelik sikit, dia dok jeles dgn papa dia..! pantang la papa dia nak dekat sikit kat mama dia, dia tgh tido pun dia boleh bangun..! baru nak peluk papa dia pun dia tak bg chance..! huhuhuhu.., nanti papa merajuk mama yang susah syg oi..! ehehehheeh
  • pandai berlakon - nie yang tak tahan nie.., kdg2 tu dia bukan sakit ke ape pun.., tapi sebab nak amik perhatian punya pasal.., dia boleh g kat dinding then dia hantuk kan kepala dia pelan2 kat dinding n pura2 nangis..! nie mmg menguji kesabaran..! huhuhuhu
  • susah nak pakai pampers - huhuhuhu.., kalau nak pakai kan dia pampers mmg menguji tahap kesabaran yang maha hebat..! dia boleh lentikkan badan dia mcm ahli gimnas utk mengelak dari dipakai kan pampers..! berpeluh2 kita jadinya.., and all this thing adalah tugas rasmi papa..! muahhh cayang abg..!
  • mekanik - ade gaya pomen.., dia boleh terbalik kan motor dia n cek wayar2 yang selirat kat bawak motor dia.. sebijik mmg macam pomen..!
  • gas - nie mmg pelik.., dia pantang dengar lori gas bunyi kat belakang hanta gas.., dia boleh menangis teresak2 kalau tak dapat tgok lori gas tu.. even gelap pun dia boleh duduk kat dapur sorang2 tgok cina belakang hanta gas kat kedai belakang rumah tu.
  • kenderaan - sangat suka pada kereta dan motor.. pantang dgr bunyi motor.., siap diri depan pagar semata-mata nak tgok motor.., siap dgn gaya tangan macam racer n sound effect lagi..! aduhhhh
  • pandai mengaji - huhuhu.., bila atok dia sebut alif dia sebut baa.., bila atok dia sebut taa dia sebut tsaa.., tapi nie ikut mood dia laa..! semoga anak mama pandai mengaji ye sayang..! aminn..