Sunday, August 28, 2011

Tuesday, May 24, 2011

Lamanya Menyepi

aduhai.., lama betul rasanya tak menulis.. sampai nak stat camne pun nak kena pk lama..! hahahaha.. erm tapi walaupun lama tak menulis.., tetap setia bukak blog kawan2 dok baca cerita perkembangan masing-masing.. Sekarang ni dah masa menunggu untuk deliver baby yang ketiga.. Agar semuanya selamat dan dipermudahkan hendaknya.. 

Seperti biasa, dan seperti kandungan yang lepas-lepas alhamdulillah tak ada banyak maslah dan alahan. Setakat sakit pinggang yang amat tu normal la kan.. Dari segi makan pun alhamdulillah semuanya boleh masuk n pantang jumpa. InsyaAllah kali nie baby yang bakal keluar Hero lagi.. wah makin gamat laa rumah jadinya..! yang dua hero sedia ada nie pun dah buat rumah macam kena langgar todak. what ever pun i'm happy with u my dearest sons.

Alhamdulillah Amsyar dah masuk 3tahun 7 bulan. Alhamdulillah banyak achievement yang dia capai, and as his mother i'm glad of you dear. pada umur dia sekarang nie alhamdulillah dia dah boleh kenal huruf dari A to Z, Alif to Ya, can count 1 to 100.., dan yang paling membanggakan dia dah boleh tulis A to Z sendiri. Cuma lately nie dia punya perangai a bit cranky n mengade2 sikit.. hahahaha.. what ever laa abg long.. janji bahagia yer..! erm mulut dia pun semakin petah n kadang2 tak jangka perkataan2 yang n ayat2 yang akan keluar dari mulut dia. Skang dia pun dah ade client maya dia sendiri.. hahahaha.. nie yang paling tak boleh tahan.., agaknya selalu sangat dengar mama bebual dgn client kat fon sampai dia pun dah terikut2.. kalau bejalan siap bawak trompet kecik dalam kocek utk dia jadi kan fon ilusi dia. nanti tetiba je fon dia kononnya berbunyi n bebual dgn client.. hahahahha.. 

Erm adik skang nie dah masuk setahun enam bulan. now dah big boy kan sayang.., adik kuat merajuk tapi manja sangat. selalu buli abg n kena buli.. hahahaha.. tak lama lagi adik dah nak jadi abg.. erm kalau bandingkan dgn abg long dr segi bercakap adik memang agak lambat sikit. Sebab abg long dulu masa usia nie mulut dia dah banyak cakap. Tapi adik kureng sikit. tak pe take ur time ok sayang. Sangat minat pada sukan terutama sekali bola. siap pandai gelecek bola.. so cute.. kalau tendang bola mmg ada gaya. 

Erm macam tak percaya pulak rasa bila tengok anak-anak semakin membesar, sekejap sangat rasa masa berlalu.. apa pun mama doa kan semoga anak2 mama sentiasa sihat, ceria, jadi anak yang soleh dan berbahagia dunia dan akhirat. I LOVE all of you very much dear.. Muahhhhhh..!!

~mama sebut nanti abg long tulis ok~


~Muahhh~





~cantik tak a.long colour, within the boundary~

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Lebaran Buat Semua



ya..ya... saya tahu saya banyak buat salah... 

Betul...!! Memang banyak terkasar bahasa..... 

Aduhh..!! ...selalu gak cakap lepas tak fikir perasaan org lain...!! 

ermm... alasan skarang asyik sibuk sampai kawan2 pun lama tak jenguk... 

Betul...semua itu salah saya....!!


Oleh itu saya mohon maaf zahir dan batin kepada kepada kawan2 semua dan 

kami sekeluarga ingin mengucapkan 

Selamat Menyambut Hari Lebaran, Minal Aidil Walfa Izin 

Halal kan segala makan minum.., ampun maaf di atas segala dosa..!



Buat kawan-kawan yang pulang beraya di kampung.., 
berhati2 di jalan raya..,
buat rakan-rakan yang jauh diperantauan..,
jangan sedih-sedih k..,


Monday, June 21, 2010

Hasil Seni

Sebelum bercoloteh panjang.., nak mintak maaf kat fith n mai sebab tak sempat2 lagi nak jawab tag mereka..! InsyaAllah akan cuba juga untuk menjawab tag mu ituew.., eheheheheh...

erm tiga empat hari nie memang teramat la sibuk.., petama sebab Majlis Akikah budak kecik sorang tu.., n kedua sebab kesihatan abg long yang tetiba tidak stabil..! huhhh.., kering darah mama jadinya..! nie laa satu maslah bujang yang sorang tu.., dia memang payah sangat nak kena demam ke ape.., tapi sekali kena.., memang amat mencuak kan.. nanti laa kalau ade mase mama tulis pasal nie ok..

khamis lepas.., lepas sembahyang dah plan nak setelkan banyak perkara untuk majlis akikah Aisy.., so petang tu.. sementara tunggu en suami balik.., tido kan dulu si kecik tu.., sementara amsyar dok ralit dengan lukisan dia yang sudah semakin menampak kan hasilnya.., erm banyak dah yang dia pandai lukis, antaranya buah apple, ikan, octopus n beberapa benda lagi laa.., walaupun tak sempurna tapi boleh dikenalpasti apa yang dia nak lukis tu laa.. betul2 ikut cam papa eh..? 

sebelum masuk toilet tu.., dah pesan kat dia, abg long jangan kacau adik k.., mama nak mandi.., abg long lukis je kat paper tue.., dia jawab.., baik lah mummy..! so mak dia pun mandi laa dgn kelam kabut.., n dalam hati dah rase cam tak sedap hati.., tapi tak tau nape.. tapi tetap teruskan gak mandi.., erm setelah hampir 15 minit melayan diri dalam toilet.., bukak je pintu, amsyar terus cakap.., mummy pandai tak abg long buat.., cantik tak abg long buat.., dah siap dah abg long buat..! mummy pun tanya laa ape abg long buat..? sekali dia tunjuk.., tu tengok tu.., dah siap dah.., 

Astagfirullahalazim.., nak terlucut tuala mandi rasanya.., sekali tengok muka adik dia dah penuh dengan dakwat.., n paling tak tahan adik still lena tido.., adoi la hai amsyar..! awat laa lagu tu hang pekena kan adik tu oiii..!! nak marah tak boleh nak gelak pun tahan jee..., 

mama pu kejut adik.., adik bangun boleh sengeh2 lagi muka.., dia tak tau agaknya muka dah macam ape kena conteng dengan abang..? nasib laa dia dok conteng muka adik dengan signature pen.., so tak laa tajam.., kalau laa dia conteng dengan pen mata tajam.., aduiii la haaaii.., ade berparut muka adik gaknyaa..

dan inilah hasil kerjanya

abg long sayang adik tau..!! nie laa tanda abg long sayang adik










Monday, June 14, 2010

RAHSIA ANAK PINTAR ~ UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Rahsia-anak pintar.., BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.

Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”

Fadzilah Kamsah – Pakar motivasi

“Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.

Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.

“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.

Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.

Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.

“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.

Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.

Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.

“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.

Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.

Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.

“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.

‘Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam’

IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.

Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.

Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.

“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.

Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.

Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.

“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.

Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.

“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.

“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.

“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.

Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.

INFO: Tip untuk ibu bapa

* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.

* Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

* Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Tuesday, March 23, 2010

Amsyar Danish Haiqal

Fuhhhhh..! pergh.., penuh dah habuk dalam blog aku nie rupenya..!
sampai labah2 pun dah beranak penak buat sawang..! aiee.., kalau ikut kan cerita memang macam-macam cerita yang nak ditulis..! tapi ape kan daya, masa mengatasi segalanya.., cewahhh..! ayat macam la busy sangat..! ehehehe

erm hari nie rase nak cerita pasal bujang sorang nie..! Alhamdulillah skang nie usia dia hampir 2thn 6bulan..! sekejap je dah besar bujang mama nie..! erm makin besar makin bijak.., Alhamdulillah i berpuas hati dgn perkembangan dia..! Mulut pun sekarang nie makin becok..! ade je cerita dia. Mulut pun dah macam org tua.., kuat sangat membebel..! kalau adik dia nangis, habis la di marah nya..! sebab dia rase terganggu nak tgok mickey mouse dia..! ape daa.., ade seklai tu.., tgh adik dia nangis2 dia jerit kat adik dia suh diam sampai tertido terus budak tu..! cian aisy.., sampai tetido eh sayang kene marah dgn abg..! huhhh boleh tahan garang.., ikut sape la gaknye ek..? hahahahaa

erm skang nie dia dah tak pakai pampers waktu siang hari.., cume i pakai kan bile nak tido mlm n kua rumah je..! ade sekali tu.., try tak pakai kan bile kua rumah..! mase tu dia ajak g kfc, kebetulan kfc tu dekat dgn rumah je..! ntah kat mane silapnya.., dia boleh pulak ter pee pee kat kfc tu..! muka pun dah stat tukar hijau.., papa dia pi la bawak dia balik n tukar semua..! dari jauh i dah nampak dia dgn papa dia sampai balik kat kfc tue..! sampai je pintu kfc tu dia boleh bagi tau semua org kat kfc tu yg dia dah pakai pampers..! malu nya aku tuhan je tau.., geram betul.., dgn nada selamber dia jerit hye.., tgok nie kita dah pakai pampers.., tgok nie uncle.., dah pakai pampers..! dia ingat org tue semua aedara mara dia agaknya..! betuah betul budak nie..,

sebenarnya dia stat tak pakai pampers mase umur dia 2thn..., my mother dah train dia..! tp bile hari tu dalam hari.., atok dia dah kelam kabut dgn baby, mak baby plus amsyar lagi..! tu pakai kan balik pampers.., bile keadaan dah reda n teratur semula baru suh dia bukak balik n pakai kan pada waktu mlm sahaja.

ada satu hari tue, mase mula2 dia nampak poo poo dia keluar. dia macam terkejut.., mase tu dia lerlepas kat depan pintu dapur.., dia terus lari ke depan.., dia jerit.., mama.. mama.. tolong..! pisang kicap keluar dari sini sambil menunjukkan bontotnya yang kering itu..! i pun g la tgok ape dia pisang kicap tu..,  mase tu tak terkata ape.., nak gelak ade nak marah pun ade..! rupa-rupanya poo poo dia cantik je terbentuk kat depan pintu..! ape daaa.., tu la kali pertama dia tgok poo poo dia terbentuk cantik je.., selalu dalam pampers, bukan dia nampak pun kan..! aieee..

Skang nie kuat sangat berangan, pantang nampak kamera dia stat la buat aksi yang bukan2 sambil di pantau oleh papa dia.., ok lahh.., mari la layan gambar k..

                                                                Bicara mata antara dua jiwa

p/s: nak tulis entry nie pun kena amik mase dr kul 10 sampai 2.30 baru siap.., aieeee

Sunday, January 24, 2010

Salasilah Kesultanan Johor

Erm.., lame dah rasenya tak update blog nie.., sempena kemangkatan Sultan Johor, tiba-tiba rase nak tulis serba sikit tentang salahsilah kesultanan Johor nie.., atleast boleh jadi rujukan untuk masa akan datang.., Kalau ada kesilapan harap minta di ampun yaaa..! ehehehhehe

Sultan Mahmud Shah I
(1511-1528)
Sultan Johor 1

Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I telah melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut "Marhum Kampar".
Sultan Alauddin Riayat Shah II
(Raja Ali / Raja Alauddin / 1528-1564)
Sultan Johor 2

Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah (Sultan Pahang 5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang 4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar". Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang 6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavoa Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut "Marhum Syahid di Acheh".

Sultan Muzaffar Shah II
(Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)
Sultan Johor 3

Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".

Sultan Abd. Jalil Shah I
(Raja Abdul Jalil / 1570/1571)
Sultan Johor 4

Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
(Raja Umar / 1570 / 71-1597)
Sultan Johor 5

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melanti Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah Iidatang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".

Sultan Alauddin Riayat Shah III
(Raja Mansur / 1597-1615)
Sultan Johor 6

Sultan Alauddin Riayat Shah III (anakanda Sultan Ali Jalla Abdul Jalil) bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu / saudara (berlainan ibu) Raja Abdullahdengan gelaran "Yang DiPertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III memerintah di Batu Sawar. Pada tahun 1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan BEndahara Tun Seri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat [erdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini menimbulkan kemarahan kepada Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa ke Acheh semula dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
(Raja Mansur / 1615-1623)
Sultan Johor 7

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut "Marhum Pulau Tambelan".

Sultan Abdul Jalil Shah III
(Raja Bujang / 1623-1677)
Sultan Johor 8

Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki semula Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudian diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut 'Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar"

Sultan Ibrahim Shah
(Raja Ibrahim / Putera Raja Bajau / 1677-1685)
Sultan Johor 9

Sultan Ibrahim Shah merupakan anak Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut 'Marhum Bongsu".

Sultan Mahmud Shah II
(Raja Mahmud / 1685-1699)
Sultan Johor 10

Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

Sultan Abdul Jalil IV
(Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)
Sultan Johor 11

Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama". Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
(Raja Kecil / Yang Dipertuan Johor / 1718-1722)
Sultan Johor 12

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) merampas kuasa sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan 'mengaku' waris Sultan Mahmud Shah II yang sah. Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil IV dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(Raja Sulaiman / Yang Dipertuan besar Johor-Riau / 1722-1760)
Sultan Johor 13

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya dilantik Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama. Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin disebut Perjanjian 1754. Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang, Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
(1760-1761)
Sultan Johor 14

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai sultan menggantikan ayahandanya, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah menetap di Kuala Selangor sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah mangkat dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.

Sultan Ahmad Riayat Shah
(1761)
Sultan Johor 15

Sultan Ahmad Riayat Shah dilantik menggantikan ayahandanya ketika berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah dating dari Melaka menuntut wang gantirugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu. Yamtuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar gantirugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah".

Sultan Mahmud Shah III
(Raja Mahmud / 1761-1812)
Sultan Johor 16
Sultan Mahmud Shah III menjadi pemerintah Johor-Riau-Lingga. Akibat daripada perpecahan pentadbiran kerajaan Johor, tiga negeri diperintah oleh pemerintah yang berlainan seperti Singapura-Temenggung, Riau-Yamtuan Muda dan Lingga-Sultan. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga.

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
(Tengku Abdul Rahman / 1812-1819)
Sultan Johor 17

Berlaku perebutan kuasa yang mana sepatutnya Tengku Husin (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai sultan. Perlantikan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. British mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai sultan.

Sultan Hussain Shah
(Tengku Husin / Tengku Long / 1819-1835)
Sultan Johor 18

Campurtangan British memberi peluang kepada Sultan Husin Shah menjadi Sultan Johor, tetapi sebelum Sultan Husin Shah tiba ke Singapura, Raffles telah membuat perhubungan dengan Temenggung untuk membenarkan pembinaan loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura. Sultan Husin Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Februari 1819. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 18 Mac 1824 membawa kepada perpecahan Empayar Kesultanan Melayu Johor. Kuasa Sultan Husin Shah ke atas Singapura hilang setelah menandatangani perjanjian pada 2 Ogos 1824 dengan British (John Crawford) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya. Sultan Husin Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera setahun kemudian.

Sultan Ali (tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)
(Tengku Ali / 1835-1877)
Sultan Johor 19
Sultan Ali diisytiharkan sebagai sultan pada 16 September 1840. Berlaku persaingan kuasa dan kekayaan Johor antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim. Pada 10 Mac 1855, termeterai satu perjanjian menyerahkan kedaulatan Johor kepada Temenggung kecuali Muar dan Kesang. Sultan Ali kemudiannya mangkat di Umbai, Melaka pada 20 Jun 1877.

Raja Temenggung Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor
(Temenggung Tun Daeng Ibrahim / 1855-1862)
Sultan Johor 20

Tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali. Raja Temenggung Tun Ibrahim membuka Iskandar Puteri atau Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Raja Temenggung Tun Ibrahim juga mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan yang teratur dan tersusun. Pada 1 Februari 1862, Raja Temenggung Tun Ibrahim mangkat.

DYMM Sultan Abu Bakar
(Temenggung Che Wan Abu Bakar / Ungku Abu Bakar / 1862-1895)
Sultan Johor 21

Memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Berusaha memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung. Membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor. Maharaja Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu". Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal. Bagi mengukuhkan azam Maharaja Abu Bakar, baginda memakai gelaran Sultan Johor pada 1 Julai 1886 dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbiran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

DYMM Sultan Ibrahim
(1895-1959)
Sultan Johor 22
Dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota pada 23 Mei 1891 dan ditabalkan sebagai pengganti pada 7 September 1895. Dimahkotakan pula sebagai sultan pada 2 November 1895. Sewaktu pemerintahannya, gagasan Civil Service diperkembangkan secara meluas ke seluruh negeri Johor. Ketua jabatan terdiri daripada pegawai Melayu, British hanya membantu, dasar ini menyebabkan British sukar bertapak di negeri Johor. Sultan Ibrahim membubarkan Sistem Kangcu pada 1917 dan ekonomi negeri terus berkembang dengan membina infrastruktur jalan keretapi pada 1904, dan sebagainya. Sultan Ibrahim mangkat di Eropah pada tahun 1959 dimakamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

DYMM Sultan Ismail
(1959-1981)
Sultan Johor 23

Negeri Johor semakin maju dibawah pemerintahan Sultan Ismail. Pembukaan lading-ladang FELDA, KEJORA, rancangan perparitan Johor Barat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, dan kawasan perindustrian diwujudkan dan dibina. Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Besar Johor Bahru dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

DYMM Almutawakkil 'Alallah
Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj
(1981-22hb Januari 2010)
Sultan Johor 24

Dilantik menggantikan ayahandanya pada 11 Mei 1981. Dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong kelapan pada tahun 1984. Merupakan pemimpin yang berkarisma, berjaya menggerakkan rakyat untuk memajukan Johor dalam perniagaan, perindustrian, perusahaan, pertubuhan dan badan sukarela.

DYMM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum
Sultan Iskandar
(23hb Januari 2010- kini)
Sultan Johor 25

Beliau dilantik menjadi Sultan Johor ke 25 (Johor Lama) / ke-5 (Johor Moden)
tepat jam 1.15 petang 23hb Januari 2010.


~i'm proud to be Johorean~
cheeeewah!!